Lagi Desakan Hentikan Pembinaan Tembok Besi di Persempadanan Mesir

Rafah, 2 Mei – Ratusan pekerja Palestin mengadakan tunjuk perasaan di hadapan terminal sempadan Rafah di selatan Jalur Gaza pada Sabtu (1 Mei) lepas menyeru penambahbaikan keadaan hidup mereka dan meningkatkan peluang pekerjaan.

Para pekerja juga meminta kerajaan Mesir untuk menghentikan pembinaan tembok besi di bawah sempadan di Mesir-Palestin.

Tunjuk perasaan itu diadakan oleh kesatuan perdagangan umum Palestin sempena hari “May Day” dan mereka mendesak Presiden Mesir, Hosni Mubarak untuk secara peribadi campur tangan bagi meringankan penderitaan mereka dan untuk membuka penyeberangan sempadan Rafah untuk meringankan bebanan warga Palestin di Gaza akibat pengepungan Israel.

Menteri Tenaga Kerja Palestin, Ahmed Al-Kurdi mengatakan dalam demonstrasi tersebut bahawa pengepungan Israel telah menyebabkan bencana berpanjangan ke atas para pekerja Gaza.

Beliau menyeru dan meminta sokongan Arab dan antarabangsa bagi para pekerja Palestin dan keluarga mereka (PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts