Lagi kanak-kanak Gaza meninggal dunia selepas cedera ditembak

GAZA, 4 Julai 2018 — Mahmoud Majed Gharabli, 16, meninggal dunia di Gaza hari ini berikutan kecederaan ditembak oleh tentera Zionis ketika menyertai perhimpunan Great Return March (GRM) pada 14 Mei lalu.

Kematian beliau, yang ditembak di bahagian kepala, menjadikan jumlah korban sejak bermulanya GRM pada 30 Mac lalu kepada 145 orang. Tentera Zionis masih menahan sembilan jenazah.

Bilangan mereka yang terkorban termasuklah 17 kanak-kanak, dua wanita, dua jurnalis, dua paramedik dan tiga orang kurang upaya.

(PIC, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts