JERUSALEM, 9 Feb – Sebuah laporan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) melaporkan bahawa keadan kesihatan di Gaza semakin serius dan berisiko tinggi, ditambah lagi dengan kekurangan bekalan ubat-ubatan.
Dalam mengatasi masalah kekurangan dan kehabisan ubatan, laporan menyebutkan pada doktor terpaksa memberikan ubat alternatif yang kurang berkesan atau mempunyai kesan sampingan yang lebih buruk. Dalam kes lain, pesakit terpaksa berusaha mendapatkan bantuan ubatan dari badan NGO kerana bekalan telah habis di klinik kerajaan dan klinik dari pertubuhan dunia.
Laporan terus menyebut bahawa masalah yang paling parah adalah ketiadaan ubat untuk pesakit yang menghadapi masalah kegagalan ginjal, penyakit jantung, dan sebagainya.
Jabatan Kesihatan yang berpejabat di Gaza telah memaklumkan berulang kali sejak beberapa tahun yang lalu akan permasalaan kekurangan ubat-ubatan, tetapi tuntutan tetapi masalah tetap berlarutan kerana sekatan-sekatan yang dikenakan.
Laporan dari WHO menyebut sejumlah 38% ubat-ubat kritikal dan penting telah kehabisan stok di Gaza sejak awal tahun 2011. (mnn)