Laporan November: 280 Warga Palestin Diculik, Termasuk 43 Kanak-Kanak, 3 Wanita

Di sepanjang bulan November 2010 ini sahaja, tentera Israel telah menculik 280 warga Palestin, termasuk 43 orang kanak-kanak dan tiga wanita, di beberapa daerah di Tebing Barat yang diduduki dan di Jerusalem Timur, demekian laporan yang dikeluarkan oleh sebuah badan pemantau yang mengambil berat hal ehwal tahanan Palestin.

Dua orang ahli Majlis Perundangan Palestin, Nayef Rajoub dari Hebron dan Mahmoud Al Ramahi dari Ramallah antara yang diculik oleh tentera Israel.

Jawatankuasa tersebut turut menyatakan bahawa tentera Israel telah menculik seorang wanita berusia 55 tahun yang dikenalpasti sebagai Shaheera Borqan, dari Hebron. Tindakan Israel menculik beliau adalah bagi dijadikan umpan dan tekanan ke atas kedua-dua anaknya yang juga telah ditahan tentera Israel.

Abdul-Qader Masalma, 45, dari Hebron, seorang askar Palestin juga diculik, walaupun beliau lumpuh akibat penyiksaan melampau yang dilakukan oleh penyiasat Israel ketika penangkapan sebelumnya dan  menghabiskan masa tujuh tahun di penjara. (imo)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts