Lebih 22 penduduk Palestin termasuk Ahi Parlimen diculik

NABLUS, 2 Ogos 2017 — Tentera Zionis malam tadi menculik lebih 22 penduduk Palestin dalam kempen memburu pemimpin dan aktivis Hamas di Tebing Barat dan al-Quds.

Dalam kejadian di utara Nablus, tentera Zionis menyerbu masuk bandar Asira ash-Shamaliya dan menculik empat bekas tahanan termasuk Ahli Parlimen Husni al-Burini dan Sheikh Dirar Hamadneh. Dua lagi penduduk yang dikaitkan dengan Hamas, Mohamed Odeh dan Islam Issa diculik dari rumah mereka.

Seorang lagi bekas tahanan yang juga seorang guru, Sheikh Omar Darawsheh, diculik di bandar Talluza di timur laut Nablus.

Di Beit Lahm, empat pemuda diculik dari rumah mereka di kejiranan Wadi Shahin dan timur bandar Taqua. Salah seorang dari mereka, Kheder Salah, cedera ditembak ketika sedang menunggang motorsikal di laluan masuk sebelah barat bandar Taqua.

Lima lagi pemuda diculik dari Ramallah, al-Quds dan Salfit.

Pertempuran tercetus di kota Qalqiliya apabila tentera Zionis memecah masuk rumah-rumah penduduk di kejiranan Dawoud dan al-Naqqar. Tentera dilaporkan mencuri sejumlah wang ketika menggeledah rumah, dan melepaskan tembakan gas pemedih mata apabila mereka didesak memulangkan wang yang dicuri.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts