Ringkasan

Lebih 2,600 Pelarian Palestin Terkorban Di Syria

DAMASKUS, 25 feb 2015 (MEMO) — Seramai 2,663 orang pelarian Palestin telah terkorban di Syria sejak bermulanya serangan rejim Bashar ke atas penduduknya pada tahun 2011.

Action Group for Palestinians of Syria dalam kenyataan media mereka semalam turut mendedahkan bahawa penduduk di kem pelarian Yarmouk kini semakin menderita akibat sekatan yang dikenakan sejak hampir dua tahun lalu. Mereka hidup tanpa bekalan air bersih selama 167 hari dan tanpa bekalan elektrik selama 677 hari.

Penduduk Yarmouk kini berhadapan dengan kekurangan bekalan makanan dan perubatan yang kronik, di mana seramai 167 orang telah terkorban akibat kebuluran atau tidak mendapat rawatan perubatan.

Sekurang-kurangnya 27,933 pelarian Palestin terpaksa lari meninggalkan Syria dan cuba mendapatkan bantuan di Jordan, Lubnan, Mesir dan juga Eropah.

Sementara itu, tentera rejim Bashar masih menyekat penduduk kem pelarian Hosseinieh pulang ke rumah mereka sejak 499 hari lalu. Penduduk kem pelarian Al-Sabina turut mengalami nasih yang sama sejak 468 hari.

Action Group for Palestinians of Syria juga menegaskan bahawa seluruh penduduk kem pelraian Handarat terpaksa keluar meninggalkan rumah mereka sejak 670 hari lalu.

Di kem pelarian Daraa, mereka terpaksa hidup tanpa bekalan air sejak 314 hari. 70 peratus bangunan di sini telah musnah.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts