Lebih 50% anggota tentera Zionis menghisap ganja

LONDON, 25 Jun 2018 — Sekurang-kurang 54.3% daripada anggota tentera Zionis menghisap ganja sepanjang tahun lalu, menunjukkan peningkatan ketara berbanding hanya 11% pada tahun 2009.

Media Zionis, Yedioth Ahronoth, yang membuat laporan berdasarkan statistik rasmi Israel Anti-Drugs Authority (IADA) menyebut bahawa sebelum ini, menghisap dadah merupakan satu jenayah merbahaya dalam pasukan tentera Zionis di mana pesalah boleh dikenakan hukuman penjara.

Namun sejak tahun 2017, tentera Zionis mula membenarkan anggota mereka menghisap di luar waktu bertugas sehingga lima kali sehari.

Bagaimanapun, undang-undang baharu kini membenarkan mereka menghisap ketika bertugas, atau menghisap lebih lima kali sehari tanpa dikenakan sebarang tindakan.

Kenyataan seorang askar Zionis menyebut, “Para komander juga menghisap, staff menghisap, sarjan perubatan menghisap, semua orang menghisap, jadi siapa yang akan menguat-kuasa undang-undang ini?”

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts