Lima Pemuda Palestin Diculik Di Tebing Barat

BETHLEHEM, 27 Ogos 2014 (PNN) — Tentera Zionis menceroboh bandar Tekoa di timur Bethlehem dan memecah masuk ke dalam beberapa rumah penduduk Palestin. Mereka kemudiannya menangkap Mahmoud al-Sabah, 15 tahun, dan Yassin Hussein al-Sabah, 18 tahun.

Di Jenin, tentera Zionis menangkap dua lagi penduduk Palestin, Murad Yousef, 25 tahun, dari perkampungan Jaba, dan Talal Mohammad Yahya, 19 tahun, dari Arka.

Seorang lagi remaja, Sharif Shaher Basal, 14 tahun, ditangkap di Hebron dan kemudian dibawa ke tempat yang tidak diketahui.

Tentera Zionis turut membina sebuah sekatan tentera di utara Hebron dan menggeledah rumah Faraj Zoughair, Bassam Alsiauri dan Yahya Karama. Mereka turut menceroboh bandar Beit Kahil dan mengawal pergerakan penduduk di situ.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts