Mahkamah Zionis Lanjut Tahanan ke atas Ahed Tamimi dan Ibunya

RAMALLAH, 28 Dis 2017 — Mahkamah tentera Zionis di Ofer melanjutkan tahanan ke atas gadis Ahed Tamimi, 17, dan ibunya Nariman, 40, selama lima hari lagi dengan alasan untuk melengkapkan siasatan.

Pihak mahkamah menolak rayuan supaya mereka dibebaskan, namun sepupu beliau Nur Tamimi dibebaskan selama 48 jam dengan ikat jamin sebanyak 5,000 shekel (RM5,867).

Pendakwaraya mahkamah tentera Zionis menuduh Ahed dengan kesalahan membaling batu ke arah tentera, menyertai demonstrasi dan menghalang tugas tentera, mencaci serta meludah seorang askar pada 2 Disember lalu. Beliau juga dituduh menyertai demonstrasi serta menyerang komandan tentera dan pengawal sempadan Zionis pada 5 Disember lalu. Di samping itu, beliau juga dituduh menyertai demonstrasi dan membaling baru ke arah tentera, menggunakan lastik batu dan menghasut diteruskan demonstrasi pada 1 April 2016. Tambahan lagi, beliau dituduh menghalang penangkapan seorang peserta demonstrasi pada 27 Mei 2017.

Ahed ditangkap pada 19 Disember lalu, empat hari selepas beliau menampar seorang askar Zionis ketika sepasukan tentera menyerbu kawasan rumahnya di perkampungan Nabi Saleh. Ketika kejadian, tentera Zionis menembak ahli keluarganya, Mohammad Tamimi, dengan peluru getah di bahagian kepala. Mohammad jatuh pengsan dan dikejarkan ke hospital. Sehingga kini, Muhammad masih dirawat dalam ICU.

Lebih 20 buah jip tentera Zionis dikerah untuk menangkap Ahed yang sedang tidur di rumahnya. Ibu dan sepupunya ditangkap tidak lama kemudian, sebelum tentera Zionis menangkap bapanya, Basem Tamimi.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts