Mahkamah Zionis tolak rayuan Isra Jaabis yang menderita sakit dalam tahanan

RAMALLAH, 25 Jan 2018 — Mahkamah Agung Zionis hari ini menolak rayuan Isra Jaabis, 32, dari kota Baitulmaqdis supaya dibebaskan lebih awal atas sebab-sebab kesihatan.

Mahkamah tetap menolak rayuan Isra yang mempunyai seorang anak berumur sembilan tahun, walaupun beliau berada dalam keadaan masih cedera dan sangat memerlukan rawatan.

Keluarga beliau kini merancang untuk membuat rayuan di Mahkamah Tinggi Zionis, sekurang-kurangnya untuk mendapat kebenaran supaya pakar bedah dan psikiatrik merawat beliau dalam penjara.

Isra dihukum penjara selama 11 tahun pada bulan November 2016, selepas dituduh cuba meletupkan sekatan tentera al-Zaim di laluan masuk ke Baitulmaqdis Timur pada bulan Oktober 2015.

Ketika kejadian, Isra membawa tong gas memasak bersama barangan lain dalam keretanya apabila berpindah dari Jericho, tempat asal suaminya. Beliau diugut kehilangan status sebagai penduduk Baitulmaqdis sekiranya tetap tinggal di Jericho, menyebabkan beliau sanggup berjauhan dari suami dan anaknya demi mengekalkan status tersebut dengan menyewa sebuah apartmen di kejiranan Jabal al-Mukabber.

Secara tiba-tiba beg udara keretanya menjadi aktif, menyebabkan tong gas meletup sebelum tiba di sekatan tersebut. Pihak tentera beliau cuba meletupkan sekatan.

Isra cedera parah di mana 60% badannya melecur. Lapan daripada jari-jarinya putus. Beliau dikurung dalam penjara HaSharon tanpa diberi rawatan sepatutnya. Sehingga kini beliau masih menanggung kesakitan sehingga tidak mampu mengurus diri.

(PIC, IMEMC, Samidoun)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts