Masjid Berhampiran Nazareth Dirosakkan

NAZARETH, Isnin, 25 Oktober – Tangan-tangan kotor Zionis telah mengalihkan sebahagian batu dari sebuah masjid lama di desa Ma’alul di Nazareth pada hari Ahad (24 / 10), demikian kenyataan Yayasan Al-Aqsa bagi Pemeliharaan dan Warisan.

Batu-batu telah dibuang dari dinding selatan masjid. Pengerusi Persatuan Warisan Ma’alul,  Ali As-Salih berkata pihaknya akan segera memperbaiki kerosakan yang terjadi.

Warga Palestin pernah menetap di Nazareth sejak tahun 1948 sebelum penduduknya diusir oleh tentera Israel. Desa ini terletak enam kilometer sebelah barat kota Nazareth. Sebahagian besar tanah di Ma’alul kini dimiliki oleh Dana Nasional Yahudi dan struktur yang masih tertinggal di sini adalah dua buah gereja, sebuah masjid dan sebuah makam Rom.

Para penduduk Palestin telah melakukan demonstrasi semalam (24/10) memprotes atas kejadian yang telah berlaku. Antara yang menyertai demo tersebut ialah anggota Parlimen Knesset, Muhammad Barkah serta sejumlah kalangan agamawan muslim dan Kristian, disamping sejumlah perwakilan parti politik dan masyarakat.

Para demonstrasi menegaskan, pihaknya akan kembali membina semula masjid sebagai bentuk protes terhadap tindakan tangan-tangan kotor yang merosakan institusi mulia di wilayah itu. Sekiranya perkara ini terjadi pada sinagog Zionis dimanapun mereka berada, pastilah entiti Zionis akan membangun kembali sinagog tersebut, dan tiada satupun yang memprotes. Namun jika yang menjadi sasaran itu, masjid atau gereja, mereka (yahudi) hanya  menyaksikan sahaja. (asy/pic/mna)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts