NAZARETH, 21 Nov 2016 (Maan) — Sebuah masjid di kota al-Ludd di selatan Tel Aviv dikenakan denda sebanyak US$200 kerana melaungkan azan dengan menggunakan pembesar suara malam tadi.
Imam masjid, Muhammad al-Far, mendakwa pihak perbandaran mengambil kesempatan ke atas deraf undang-undang yang disokong oleh Benjamin Netanyahu, yang akan mengharamkan laungan azan melalui pembesar suara.
Masjid tersebut didakwa bersalah melanggar “undang-undang pencemaran dan gangguan”, walaupun undang-undang tersebut masih belum mendapat kelulusan penuh dari parlimen Zionis.
Kelulusan parlimen tertangguh apabila Menteri Kesihatan Zionis, Yaakov Litzman, membuat rayuan kerana bimbang ia akan memberi kesan ke atas amalan kaum Yahudi yang meniup trompet atau siren pada malam Sabtu bagi menanda ketibaaan hari Shabbat yang mereka percayai sebagai hari suci.
Parlimen Ziois dijangka membuat pindaan ke atas deraf tersebut bagi mengecualikan tiupan trompet daripada dianggap sebagai pencemaran bunyi.