Musim luruh yang lepas, saya meluangkan masa selama sebulan bekerja
dengan sebuah organisasi Kristian, Arab Educational Institute di
Bethlehem. Di sana saya menjalankan kajian dan temuramah dengan ramai
rakyat Palestin beragama Kristian, bertanyakan keinginan mereka untuk
kehidupan yang lebih selesa dan aman di luar.
Hasil temuramah yang dijalankan jelas mengejutkan saya. Kesemua respon
yang dikumpulkan menyatakan kesengsaraan hidup yang mereka lalui
berpunca dari penjajahan Israel semata-mata, dan bukan kerana komuniti
Muslim. Ini jelas bercanggah dengan komen daripada Archbishop of
Canterbury minggu lalu yang mengatakan rakyat Palestin beragama
Kristian ditindas dan diusir keluar dari Bethlehem oleh Muslim yang
membentuk majoriti.
Masalah terbesar yang harus ditempuh adalah kesukaran dan pengalaman
dimalukan di pos-pos sekatan, sekatan masuk ke Jerusalem, dan
kemerosotan hasil pelancongan kerana dasar penjajahan serta kawalan
sempadan dan perniagaan oleh rejim Israel.
Di sempadan antara Bethlehem dan penempatan haram Jerusalem yang
semakin berkembang, protes-protes aman digerakkan bersama oleh seorang
pemuda Kristian dan wanita Muslim di Walajeh. Kedua-dua mereka pernah
ditangkap atas keberanian berarak dan melaungkan bantahan kepada
pembinaan tembok pemisah dan rampasan tanah Palestin.
Saya juga sempat bercakap dengan beberapa wanita Kristian yang tinggal
hanya beberapa ela (yard) dari kem pelarian Aida. Yang menjadi
rungutan di pihak mereka bukanlah jarak yang hampir dengan komuniti
Muslim tetapi tembok Israel yang merentangi laluan mereka ke kawasan
tradisi masyarakat Kristian ke arah utara Jerusalem. Kawasan ini juga
disekat oleh satu daripada pos sekatan terbesar di Tebing Barat.
Perkongsian dari Greg Wilkinson, beliauĀ ialah seorang bekas wartawan dan guru. Bukunya, sebuah
koleksi temuramah dan pemerhatian di Tebing Barat akan diterbitkan
oleh Arab Educational Institute di Bethlehem