Menghirup Udara Bebas Setelah Dipenjarakan Zionis Yahudi

GAZA CITY, 3 September 2012 – Setelah terperap di penjara Zionis Yahudi yang zalim selama tujuh tahun setengah, seorang tahanan warga Palestin yang berasal dari Gaza akhirnya dibebaskan oleh rejim pengganas tersebut.

Tahanan tersebut bernama Ahmad Muhammad Samara, berusia 29 tahun. Beliau telah ditangkap oleh perisikan Israel atas tuduhan melakukan jual-beli senjata di wilayah Gaza. Akhirnya Ahmad Muhammad Samara disumbatkan ke penjara Al Majdal di negera haram Yahudi itu dengan hukuman untuk selama 15 tahun.

Setelah menjalani hukuman selama lebih tujuh tahun, Ahmad Muhammad Samara menderita penyakit kanser pembuluh darah yang disebabkan keadaan penjara yang tertutup dan sukar untuk mendapatkan udara bersih. Oleh kerana penyakit yang beliau deritai itu, akhirnya Ahmad Muhammad Samara mendapat pembebasan daripada rejim itu dengan menjalani separuh daripada hukuman penjara 15 tahun yang dikenakan ke atas diri beliau.

Penjara Al Majdal yang mematikan dan mensengsarakan tersebut hanya berjarak lebih kurang tiga kilometer sahaja dari wilayah pesisir pantai Semenanjung Gaza. Ahmad Muhammad Samara disumbat ke penjara oleh pihak pemerintah Zionis Yahudi pada tahun 2005 dan menghirup udara bebas pada 2 September 2012 dari pintu sempadan Erez Gaza Utara. Hanya isterinya yang dibenarkan datang untuk menyambut si suami. Beliau ditangkap dan dipenjarakan ketika isterinya sedang hamil. Kini dia disatukan dengan puterinya yang sudah berusia tujuh tahun.

Pembebasan Ahmad Muhammad Samara hanyalah pengurangan seorang sahaja daripada lebih 5,000 rakyat Palestin yang masih terperap di penjara-penjara Yahudi dengan keadaan yang tidak menepati piawaian antarabangsa berkenaan hak-hak banduan baik dari segi kesihatan, pemakanan mahupun mendapat udara pernafasan yang bersih. Penderaan yang disengajakan itu yang dialami oleh bekas-bekas banduan tahanan di penjara Yahudi sering diutarakan di media tetapi tidak pernah mendapat perhatian dan pembelaan setimpal daripada pihak berwajib antarabangsa yang melindungi hak-hak orang tahanan termasuklah Bangsa-Bangsa Bersatu sendiri.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts