Menteri Zionis Ceroboh Kem Pelarian, Cetus Pertempuran

AL-QUDS, 19 Nov 2014 (Ma’an) — Pertempuran tercetus di kem pealrian Shuafat di al-Quds semalam apabila Menteri Dalam Negeri Zionis, Yitzhak Aharonovich, menceroboh masuk ke kem tersebut.

Aharonovich menceroboh masuk melalui sekatan tentera yang dibina dijalan masuk kem berkenaan, dan berjalan-jalan di sekitar kem. Pemuda Palestin membaling batu dan botol ke arah beliau, sehingga menteri tersebut beredar pergi. Tentera Zionis bertindakbalas dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata dan peluru getah.

Tentera Zionis juga menembak gas pemedih mata ke arah penduduk awam lain dan sekolah. Beberapa orang pelajar mengalami sesak nafas dan para pelajar dipindah keluar dari sekolah berkenaan.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts