Menteri Zionis lulus undang-undang larang laungan azan

AL-QUDS, 12 Feb 2017 (PIC) — Jawatankuasa Undang-undang Menteri Zionis meluluskan deraf undang-undang untuk undian di parlimen bagi melarang laungan azan menggunakan pembesar suara.

Terdahulu, deraf tersebut dibantah oleh ahli-ahli perlimen dari kalangan Yahudi Ortodoks, bimbang ianya akan turut memberi kesan kepada amalan-amalan Yahudi sendiri. Ekoran isu tersebut, pindaan dibuat dengan mengenakan larangan dari jam 11:00 malam hingga 7:00 pagi.

Deraf undang-undang itu membenarkan pihak polis menyoal siasat muazin dan imam, kemudian mengenakan tuduhan jenayah dan denda ke atas mereka.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts