Mesyuarat Abbas-Hilary Berakhir Dengan Kebuntuan

Image Caption Goes Here

1 Nov – Mesyuarat antara Presiden Palestin Mahmoud Abbas dan Setiausaha Negara AS, Hilary Clinton  pada Sabtu (31/10) di Abu Dhabi, berakhir tanpa sebarang kemajuan. Abbas memberitahu Hilary yang rakyat Palestin tidak boleh menyambung semula proses damai dengan Israel sedangkan Israel sedang sibuk dengan aktiviti-aktiviti penempatan haram mereka semula.

Abbas berkata yang beliau enggan menerima cadangan Amerika bagi menyambung semula perbincangan damai sehinggalah Israel memberhentikan  aktiviti-aktiviti penempatan haram mereka di Palestin.

Abbas menyatakan demikan semasa sidang akhbar dengan Hilary. “Tiada yang baru berlaku”, katanya, “Kami dengan jelas menyatakan bahawa usaha perdamaian dengan Israel hanya akan di sambung semula setelah terhentinya segala aktiviti-aktiviti penempatan haram Israel”.

“Masalah dengan Israel adalah mereka menolak ntuk komited dengan perkara asas dalam proses perjanjian”, Abbas menambah, “Israel tidak mahu mengubah pendirian mereka”.

Menjawab satu soalan pada berkenaan masa depan Baitulmuqaddis, Abbas berkata, “Orang-orang Arab dan umat Islam harus sedar bahawa Baitulmuqaddis adalah terancam dengan dasar-dasar dan polisi Israel”.

“Keamanan bermula di Baitulmuqaddis”, Abbas menyatakan, “Tanpa keamanan di Baitulmuqaddis, tidak ada perdamaian dengan Israel”.

Ketua Perunding Palestin, Dr Saeb Erekat menyatakan bahawa yang apa Hilary tawarkan adalah sama seperti kehendak dan pendirian Israel.

“Jurang masih sangat luas”, Erekat menyatakan, “Ia sebenarnya semakin melebar”.

Erekat mengatakan bahawa Hilary memaklumkan kepada Abbas bahawa Israel harus  dibenarkan untuk meneruskan pembangunan 3.000 unit penempatan untuk penduduk Yahudi di Tebing Barat yang diduduki, dan tidak menawarkan pemberhentian kegiatan pemukiman di Baitulmuqaddis.

Hilary mengatakan bahawa Israel harus dibenarkan untuk mengembangkan ‘pertumbuhan pemukiman Israel’, sementara Abbas mengatakan bahawa Israel harus menghentikan semua pencabulan termasuk pembinaan dan perluasan penempatan, dan harus menghentikan penghancuran rumah-rumah Palestin di Baitulmuqaddis.

Abbas juga mengatakan kepada Hilary bahawa rundingan perdamaian harus dilanjutkan sejak perbincangan mereka terhenti pada bulan September 2000, dan menolak semua penyelesaian sementara seperti cadangan dengan persempadanan sementara. imm

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts