Netanyahu Angkuh: Umumkan Pembangunan Haram Di Jerusalem Timur

BETHLEHEM, Jumaat, 15 Oktober –  Israel terus melakukan onar di Palestin. Terbaru pada awal pagi Jumaat (15/10) sebagaimana  media Israel, Ynet melaporkan bahawa Netanyahu telah mengumumkan dengan rasmi akan pembinaan  238 unit perumahan baru di penempatan Jerusalem yang dijajah.

Kementerian Perumahan dan Pembinaan Israel bersama-sama dengan Pengurusan Tanah Israel juga telah menerbitkan senarai 3,500 tender yang baru diluluskan untuk pembangunan di seluruh negeri. Senarai ini merangkumi 150 bangunan perumahan di sekitar Baitulmuqaddis sekitar Ramot dan lain-lainserta 80 unit lagi di Pisgat Ze’ev. Sejumlah 1,100 lagi apartment akan dibina di bandar Netanya, 480 buah di Asdod dan sekitar 450 buah lagi di Tel Aviv.

Laporan dan tindakan Israel ini mncul pada saat Presiden Mahmoud Abbas mengatakan yang beliau sedia memasuki kembali siri rundingan bersama secepat mungkin sekiranya Israel bersedia memenuhi permintaan Palestin agar Israel menamatkan sebarang usaha pembangunan penempatan haram di kawasan-kawasan Palestin.

Rentetan tindakan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu terus meluluskan penempatan haram mereka di Baitulmuqaddis Timur yang dijajah, perunding tertinggi PLO, Saeb Erekat mengatakan Israel ternyata telah mengisytihar menamatkan rundingan yang telah diusahakan sebelum ini.

“Pada pandangan saya, Netanyahu telah membuat keputusannya, mendokong penempatan haram mereka berbanding proses keamanan,” kata Saeb Erekat selepas kerajaan Israel mengumumkan keputusan untuk meluluskan tambahan penempatan unit rumah di Baitulmuqaddis yang dijajah.

Polisi Netanyahu “tidak berubah,” kata Erekat. “Sebaliknya, beliau terus mengambil setiap langkah yang memungkinkan kepada kegagalan pembentukan negara Palestin berdaulat. Dengan tindakan mereka menceroboh di kawasan-kawasan Palestin yang mereka duduki, Netanyahu telah sekali lagi menunjukkan mengapa tidak ada sebarang perundingan positif sehingga hari ini.”

Erekat menyeru masyarakat antarabangsa untuk memberi tekanan ke atas Israel atas tindakan mereka ini.

“Kerajaan Israel terus bertindak menggagalkan setiap usaha untuk mencapai keamanan. Masyarakat antarabangsa, dan khususnya kuasa-kuasa besar, harus mengambil tindakan sewajarnya ke atas Israel dan menghentikan tindakan mereka daripada menggagalkan segala usaha  penyelesaian kedua-dua negara,” demikian ulasan Erekat lagi. (ynet/haaretz/mn)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts