AL-QUDS, 3 Dis 2015 (PIP) — Anggota parlimen Zionis dari parti radikal HaBayit HaYehudi, Mote Yogov, mengusulkan deraf undang-undang bagi menghalang laungan azan menggunakan pembesar suara di seluruh wilayah Palestin 1948 yang terjajah.
Penduduk Yahudi di Haifa, Yava, Tel Aviv, Beersheba dan Al-Quds dikatakan membuat aduan bahawa laungan azan telah mempengaruhi kualiti hidup seharian mereka. Laungan azan kononnya mengganggu ketika mereka sedang beristirehat selama beberapa kali sepanjang hari, sejak awal pagi hingga ke malam.
Usul ini bukanlah pertama kali dibuat. Sebelum ini Robert AlYativ dari Parti Israel Baituna pernah mencadangkan deraf undang-undang untuk mengharamkan azan dan penggunaan pembesar suara di beberapa buah masjid.
Parti HaBayit HaYehudi [terjemahan: Tanahair Yahudi] yang dipimpin oleh pelampau Naftali Bennett merupakan parti politik kedua terbesar selepas Parti Likud.