Pembukaan pintu masuk Rafah akan meringankan kesan sekatan

Kerajaan interim Mesir menyatakan bahawa pembukaan pintu masuk Rafah secara kekal akan meringankan penderitaan yang dialami oleh rakyat Gaza. Pembukaan pintu masuk itu telah bermula sejak hari Sabtu lalu, 28 Mei 2011.

Menurut laporan Press TV, Duta Besar Mesir di Tebing Barat, Yasser Othman, menyebut bahawa dengan membuka pintu masuk Rafah, 70 peratus penduduk Gaza akan dapat melintas masuk ke Mesir tanpa visa atau sekatan keselamatan.

“Tindakan Mesir ini menunjukkan bahawa sekatan ke atas Gaza akan berakhir,” kata Othman.

Bagaimanapun, tindakan positif kerajaan Mesir ini tidak bermakna sekatan ke atas Gaza akan berakhir secara menyeluruh dalam masa terdekat. Lintasan masuk bagi urusan dagangan masih tertutup. Pintu masuk lain masih lagi ditutup, dan perairan Gaza masih di kawal oleh tentera laut Zionis. Kemasukan ke Gaza melalui udara juga disekat. Mereka yang berumur antara 18 dan 40 tahun masih perlu melalui pelepasan keselamatan untuk melintas sempadan.

Sangat mustahak bagi kita menerima hakikat bahawa tindakan ini belum lagi menghapuskan sekatan ke atas Gaza. Apa yang berlaku hanyalah langkah pertama dalam menghapuskan sekatan itu, di mana rakyat Gaza boleh mendapatkan rawatan dan pendidikan yang lebih baik, malahan berziarah ke negara lain.

PBB telah beberapa kali mendesak supaya sekatan haram Israel ke atas Gaza dihentikan. Sempadan Gaza secara umumnya ditutup sejak Jun 2007, bilamana rejim pengganas Israel mengenakan sekatan tersebut tanpa menghiraukan desakan dan tentangan antarabangsa.

Sejak kejatuhan pentabdiran Presiden Husni Mubarak dan peralihan kuasa di Mesir, hubungan antara negara tersebut dan Gaza semakin pulih.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts