AL-QUDS, 2 Ogos 2017 — Polis Zionis semalam menanngkap pemuda Mohamed Abu Subaih di perkarangan Masjid al-Aqsa setelah memukul beliau.
Mangsa diheret ke sebuah pos polis di Sekolah Tankiziyya berdekatan tapak suci umat Islam itu, sebelum dipindahkan ke dalam penjara tanpa memberi alasan kenapa beliau ditangkap.