RAMALLAH, 22 Dis 2015 (Maan) — Pendatang Yahudi menyerang sebuah rumah penduduk Palestin di perkampungan Beitillu di Ramallah dengan memecahkan tingkap dan membaling tiga bom gas pemedih mata ke dalam rumah tersebut.
Keganasan yang turut meninggalkan grafiti perkauman itu menunjukkan bahawa ianya adalah serangan membalas dendam terhadap penangkapan pelampau Yahudi yang membakar rumah sehingga membunuh keluarga Dawabsha pada bulan Julai lalu.
Mangsa serangan Hussein al-Najjar, 30 tahun, melaporkan beliau para pengganas Yahudi itu tiba di rumah beliau pada sekitar jam 1:30 pagi dan menulis grafiti “serangan balas” dan “helo dari para tahanan Zion” dalam bahasa Hebrew di dinding rumahnya sebelum menyerang. Beliau dan isteri bersama anak mereka Karam, 9 bulan, mengelami sesak nafas akibat serangan tersebut.
“Kami selamat atas bantuan jiran yang memecah pintu utama dan menyelematkan kami yang telahpun tidak sedarkan diri ketika itu,” terang Hussein.