Penduduk Palestin berjaya halang polis Zionis rampas 2 bangunan di Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS, 26 Jun 2018 — Penduduk Palestin semalam berjaya mengagalkan cubaan polis Zionis untuk merampas dua buah bangunan di kejiranan Sheikh Jarrah, kota suci Baitulmaqdis.

Pasukan polis menyerbu kawasan Um Haroun di kejiranan Sheikh Jarrah untuk merampas bangunan terbabit, namun berjaya dihalau pulang oleh penduduk kerana gagal membuktikan arahan mahkamah.

Sebelum ini, pendatang Yahudi dengan sokongan pihak rejim telah beberapa kali berjaya merampas sebilangan bangunan di kawasan tersebut, dengan menggunakan berbagai taktik dan helah.

Sheikh Jarrah merupakan kawasan yang paling hampir dengan Baitulmaqdis Barat. Pendatang Yahudi masih cuba merampas rumah-rumah penduduk Palestin yang masih ada di situ, dengan mendakwa bahawa mereka adalah pemilik tanahnya sejak sebelum tahun 1948 apabila negara haram Zionis ditubuhkan.

(PIC, IMEMC, WAFA)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts