Peranan Kita

Strategi Utama

  • Kesedaran & Kefahaman Yang Betul
  • Kajian Ilmiah dan Sejarah Perjuangan
  • Kempen Kesedaran Berterusan
  • Bantuan Keperluan Semasa Berhadapan Kekejaman
  • Bantuan Strategik – Pendidikan, Pelarian, Ekonomi
  • Kerjasama Antarabangsa – Seminar, Kesedaran, Solidariti, Kumpulan Pelobi
  • Rancangan Strategik – Politik Dunia
  • Menyiapkan Barisan Pewaris Salahudin

Kenapa kita harus istiqamah dalam membantu pembebasan Masjid al-Aqsa dan bumi Palestin?

1. Alasan akidah

Masjid al-Aqsa adalah masjid tempat ibadah kedua dibangunkan di atas muka bumi. Dalam hadis Abu Zar R.A, “dia telah berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah SAW: Masjid manakah yang pertama dibina di muka bumi? Baginda SAW bersabda: Masjid al-Haram. Dia berkata: Aku bertanya lagi: Kemudian masjid yang mana? Baginda SAW bersabda: Masjid al-Aqsa. Aku bertanya lagi: Berapakah tempoh antara keduanya? Baginda SAW menjawab: Empat puluh tahun.” (Hadis riwayat al-Bukhari.)

Masjid al-Aqsa dan tanah suci Palestin adalah tempat diutusnya para rasul dan nabi yang membawa mesej yang sama dari zaman ke zaman – mengingatkan seluruh manusia untuk kenal dirinya dan kenal Allah, mentauhidkan ibadah hanya kepada Allah, serta mengikuti tuntutan dan syariat Allah. Ia bagaikan “Ibukota Tauhid” kita.

Masjid al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam. Sehingga enam bulan sesudah berhijrah ke Yathrib (Madinah), Rasulullah SAW dan para sahabat solat menghadap ke masjid ini (ke utara Madinah). Selepas turun ayat ke-144 dari surah al-Baqarah, barulah baginda mengalihkan kiblat ke arah Kaabah di Mekah.

Masjid al-Aqsa adalah tempat berlakunya peristiwa besar Israk dan Mikraj, yang tidak ada duanya di sepanjang sejarah manusia. Di sinilah Rasulullah SAW didaulat mengimami solat ratusan bahkan ribuan nabi dan rasul yang hadir di malam terjadinya Israk dan Mikraj. Di sinilah dibuka pintu-pintu langit yang menembus sampai ke gerbang Sidratul Muntaha, jalur penerbangan Rasulullah SAW bersama Jibril dan Buraq.

Masjid al-Aqsa adalah tempat diasuh dan dibesarkan Maryam, ibunda Nabi Isa AS, perempuan tersuci dan termulia sepanjang sejarah manusia, yang dirakamkan biografi lengkapnya oleh al-Quran.

2. Alasan Sunnah

Kita senasib dengan Rasulullah SAW. Kita lahir dan dibesarkan ketika Masjid a-Aqsa dijajah serta dikuasai bangsa musyrikin atau kafir. Baginda juga begitu.

Bagaimana baginda menghadapi nasib ini? Yang baginda lakukan, sesudah mentarbiah umat dan menyusunnya dalam barisan yang kukuh, baginda mengerahkan seluruh sumber daya untuk bebaskan Masjid al-Aqsa. Sunnah ini diikuti oleh Abu Bakr dan Umar al-Khattab (semoga Allah meredai keduanya). Sunnah ini juga diikuti oleh generasi Salahuddin al-Ayyubi ketika berjihad selama bertahun-tahun, dan dengan izin Allah membebaskan Masjid al-Aqsa pada tahun 1187. Hampir seratus tahun sesudah dijajah oleh Tentera Salib.

Nasib kita sama dengan mereka. Cara terbaik bagi kita untuk merespon nasib ini ialah dengan mengikuti sunnah Rasulullah SAW dan sunnah mereka.

Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang tidak pergi berperangan (di jalan Allah), tidak mempersiapkan dirinya untuk pergi berperang, tinggal di rumahnya dan tidak membantu mengurus keluarga para Mujahidin yang pergi berperang, maka dia akan ditimpa bencana besar (qari’ah) sebelum datangnya hari kiamat.” (Hadis sahih melalui jalur Abu Umamah, diriwayatkan oleh Imam Abu Daud)

3. Alasan Ukhuwah

Sudah jelas saat ini ada jutaan saudara kita di tanah suci Palestin, yang dipimpin para ulamak yang hanif, sedang dizalimi dan dijajah berpanjangan.

Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a., dari Nabi SAW, baginda bersabda: “Tidak sempurna iman seseorang di antara kalian hingga ia mencintai untuk saudaranya segala apa yang ia cintai untuk dirinya sendiri berupa kebaikan.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

4. Alasan Sejarah

Sepanjang sejarah, merdekanya Masjid al-Aqsa dari berbagai bentuk penjajahan dan kembalinya ke pangkuan umat Islam yang berakidah bersih merupakan tanda-tanda merdekanya juga Muslimin di berbagai belahan dunia ini. Begitu juga sebaliknya.

(Adaptasi risalah Sahabat Al-Aqsha)

Menumpang kemuliaan Palestin

Syeikh Prof. Dr. Usamah Ar-Rifai, seorang ulamak tafsir al-Quran merangkap Ketua Rabitah Ulamak Syria, mengatakan, “Kalau kita berikan sesuatu untuk perjuangan saudara-saudara kita di Palestin, sebenarnya bukan kita yang sedang menolong mereka. Justeru merekalah yang memberikan kehormatan kepada kita, kerana sudi menerima bantuan kita.
Syeikh Usamah tegaskan, “kemenangan al-Aqsa dan Palestin itu sesuatu yang amat mudah bagi Allah. Tapi Allah buka kesempatan supaya kita ikut serta di dalamnya, meraih kemenangan itu bersama umat Islam sedunia, bersama saudara-saudara kita di Palestin.

Peranan anda secara individu

Apa yang harus kita lakukan untuk menjadi salah seorang yang yang berusaha dalam membebaskan Baitul Maqdis?

  • Istiqamah berdoa agar Allah merdekakan kota suci itu dari segala kejahatan, dan bercita-cita agar kita semua akan sempat berziarah dan bersolat di Masjid al-Aqsa dalam keadaan mulia, bebas merdeka.
  • Sebarkan ilmu dan maklumat yang benar lagi sahih tentang Baitul Maqdis kepada ahli keluarga, saudara dan orang-orang sekeliling kita. Bina kesedaran tentang tanggungjawab terhadap bumi suci itu.
  • Persiapkan diri untuk turut berjihad dan menyumbang dalam usaha pembebasan Baitul Maqdis, sesuai dengan apa yang telah dicontohkan oleh Rasulullah SAW dan para sabahat r.a.
  • Infakkan sebahagian daripada harta untuk perjuangan pembebasan Baitul Maqdis, serta mendukung sepenuhnya para pejuang di barisan hadapan.
  • Jangan sekali-kali menjadi orang yang melemahkan barisan kaum Muslimin dengan saling berpecah-belah.
  • Jangan memperkuat musuh dalam apa jua bentuk sekalipun, contohnya dengan tidak membeli produk mereka yang mendukung penjajahan baik secara terang-terangan mahupun secara tidak langsung.

Teruslah mendukung dan mendoakan saudara kita dari kalangan para ulamak dan mujahidin di barisan hadapan.

(Disesuaikan dari syarahan ringkas Salim A. Fillah)

Adakah manfaat memboikot produk-produk ini?

Tindakan kecil jika dilakukan seramai mungkin orang, insyaAllah besar kesannya. Tapi ada hal yang lebih penting dari itu. Niat anda diketahui Allah. Selain itu berserah ….
Bayangkan… seandainya ibu dan bapa anda dirompak dan dicederakan oleh perompak. Lalu anda dapati, pemilik sebuah kedai di hujung jalan rumah anda secara tertang-terangan berkawan baik bahkan mendukung rompakan itu.
Apakah anda akan sanggup berbelanja di kedai tersebut?
Saat ini, ayah dan ibu kita, adik-adik serta anak-anak kita, sedang dirompak, dizalimi, disakiti bahkan dibunuhi setiap hari sejak lebih 70 tahun lalu. Produk-produk keluaran syarikat Zionis dan pendukungnya secara jelas membantu para perompak, pembunuh dan penjajah itu.
Relakah anda menyerahkan wang atau harta hasil titik peluh anda kepada mereka?

Peranan institusi pendidikan

Peranan komuniti dan pertubuhan

Peranan nasional