Perkongsian Pengalaman LL4G Bergema di Jabatan Ketua Menteri Melaka

Kakitangan kerajaan di Jabatan Ketua Menteri telah berpeluang mendengar satu perkongsian daripada Ketua Misi Lifeline4Gaza, Tn Hj Noorazman Mohd Samsudin dalam tazkirah mingguan mereka yang bertempat di Auditorium Laksamana, Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.

Perkongsian pengalaman saudara penceramah menarik minat lebih 300 kakitangan yang hadir termasuk kakitangan yang bersama dalam sidang video secara langsung.

Walaupun penceramah agak kurang sihat pada pagi tersebut, namun beilau tetap gigih untuk menyampaikan ceramahnya bagi berkongsi pengalaman ketika bersama para relawan atas kapal

Tn. Hj Noorazman sempat juga menunjukkan beberapa video rakaman yang dapat dibawa keluar untuk tatapan semua. dalam video rakaman tersebut jelas menunjukkan kekejaman tentera Zionis ketika menangkap semua relawan. Rakaman tersebut jelas berbeza dengan rakaman yang ditunjukkan dalam TV Israel yang telah diubahsuai bagi menutup kesalahan yang mereka lakukan.

Dalam ceramah beliau, Tn. Hj Noorazman mengajak semua para pendengar untuk memboikot apa sahaja barangan Israel dan sekutunya Amerika sebagai tanda sokongan kita atas usaha para relawan. walaupun ramai yang mengatakan usaha boikot ini hanya sia-sia tetapi sebenarnya tidak. walaupun kita merasakan 1 sen yang kita sumbangkan untuk Israel adalah satu nilai yang sangat kecil, tetapi apakah yang akan kita jawab di hadapan Allah nanti ketika kita ditanya apakah sumbangan kita bagi membantu saudara kita di Palestin?

Dalam ceramah beliau juga menyarankan agar kita semua dapat memberi sumbangan kepada tabung yang disediakan oleh pihak Haluan bagi menjayakan misi kemanusiaan ke Gaza yang seterusnya yang dijangkakan akan berlayar dalam satu atau dua bulan lagi.

Selepas sesi ceramah, para kakitangan berpeluang menyaksikan pameran berkaitan info Palestin dan Israel yang diadakan di perkarangan dewan Auditorium.

Hasil sumbangan dan jualan amal barangan cenderahati Palestin, tabung Palestin haluan telah berjaya mengumpulkan sebanyak lebih RM800 pada pagi tersebut.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts