SALFIT, 2 Julai 2018 — Petani-petani Palestin dari kota Salfit dihalang memasuki kebun mereka yang terletak di sebalik Tembok Aparthied, menyebabkan mereka kehilangan sumber pendapatan utama.
Pagar di Tembok Aparthied ditutup hampir sepanjang tahun, dan kadang-kadang tetap enggan membukanya walaupun telah mendapat persetujuan dan koordinasi terlebih dahulu.
Rejim Zionis mengenakan berbagai bentuk tekanan untuk cuba memaksa petani-petani meninggalkan tanah mereka di Salfit bagi meluaskan kawasan penempatan haram Ariel, iaitu penempatan haram kedua terbesar di Tebing Barat.
(PIC)