Pilihanraya Israel: Semuanya seperti ular berbisa dengan warna-warna berbeza

PRU Israel 09Rakyat Palestin tidak meletakkan harapan yang tinggi terhadap pemerintahan baru Israel yang akan datang. Bagi rakyat Palestin setiap pemerintahan baru di Israel terbukti lebih buruk dan lebih ekstrimis dibandingkan pemerintahan sebelumnya.

“Selama 40 tahun kami menunggu pemerintahan Israel yang dapat menciptakan perdamaian dan mengakhiri penjajahan. Tapi ternyata, setiap pemerintahan baru di Israel membuktikan bahawa mereka lebih buruk dan lebih ektrimis dibandingkan pendahulunya,” kata Ahmad, warga Palestin yang bekerja sebagai pemandu teksi di kota Hebron Al-Khalil.

Kenyataan Ahmad ada benarnya kerana para pimpinan parti yang bertanding dalam pilihanraya Israel adalah terdiri daripada mereka yang menjadi aktor utama kepada serangan kejam di Gaza, seperti Tzipi Livni, Benjamin Netanyahu, Ehud Barak dan Avigdor Lieberman.

Lieberman dari Parti Yisrael Beitenu, seorang Yahudi imigran dari Rusia yang amat kuat dengan fahaman kebangsaannya. Semasa dalam kempennya, beliau menyerukan agar pengeboman dilakukan ke seluruh Jalur Gaza dan Tebing Barat. Dan di saat serangan kejam Israel ke atas Gaza, Lieberman dilaporkan menyeru supaya penggunaan bom nuklear digunakan bagi membantai rakyat Palestin.

Buat Ahmad, siapa pun yang memenangi pilihanraya Israel adalah berita buruk bagi rakyat Palestin dan petanda kegagalan kepada proses perdamaian. Ahmad, seperti sebahagian besar rakyat Palestin lainnya tidak melihat akan adanya perubahan positif yang boleh berlaku antara Parti-Parti sayap kanan dan sayap kiri seperti Parti Kadima dan Parti Buruh.

“Semuanya seperti ular berbisa dengan warna-warna berbeza,” tegas Ahmad.

Analis politik oleh Hani al-Masri yang tinggal di Kota Nablus, Tebing Barat mengatakan, rakyat Palestin yakin proses perdamaian akan mengalami kemunduran jika Likud memenangi pilihanraya di Israel, apalagi Parti Likud tidak setuju dengan penyelesaian dua negara dan menolak pembentukan negara Palestin yang berdaulat.

“Dengan Parti Kadima, juga tidak ada apa-apa yang boleh kita harapkan kerana mereka juga menolak penubuhan Kerajaan Palestin berdaulat,” kata Al-Masri.

Menurutnya, seluruh pertubuhan pembebasan Palestin harus bersatu dan membina kekuatan yang kukuh untuk menghadapi pemerintahan Israel yang baru nanti. “Kita harus membangun kembali kekuatan kerana Israel dan sebahagian besar negara di dunia, tidak akan menghormati kita jika kita lemah dan berpecah belah,” tegas Al-Masri.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts