Polis Zionis pukul keluarga Palestin di Silwan

AL-QUDS, 6 Julai 2017 (PIC) — Polis penjajah Zionis menyerang beberapa keluarga Palestin dan menculik dua pemuda dalam serbuan di kejiranan Silwan, al-Quds Timur, malam tadi.

Laporan Pusat Maklumat Wadi Hilweh menyebut enam orang cedera serta sesak nafas apabila polis menyerang keluarga Muhammad al-Ababsi di kawasan Ein al-Luza tanpa memberi sebarang alasan. Sementara pasukan tentera Zionis menolak dan menyembur lada pemedih mata ke arah wanita, kanak-kanak, bayi dan warga emas, serta mengacu muncung senjata ke muka remaja.

Pertempuran tercetus selepas serangan tersebut, di mana tentera Zionis melepaskan tembakan peluru getah dan grenad pelali secara rambang sebelum menculik Muhammad Ibrahim Ruweidi, 20, dan Muhammad Imad Taha, 19.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts