Projek penempatan Jerusalem 2020 menjadi ancaman kepada Palestin

AL-QUDS, 12 Jun 2016 (PIC) — Usaha mempercepat pembinaan penempatan haram Yahudi dalam projek yang dinamakan “Jerusalem 2020” menjadi satu ancaman kepada kewujudan Palestin.

Menurut kenyataan media pakar hal ehwal penempatan Yahudi, Khalil al-Tafakji, projek yang melibatkan pembinaan 58,000 unit rumah itu akan meluaskan lagi zon pihak perbandaran Zionis dan menghalang pembinaan lapangan terbang al-Quds di Qalandiya, sekaligus melengkapkan program Yahudisasi kota al-Quds bagi memberi laluan kepada pembentukan sebuah “Negara Yahudi.”

Khalil mendakwa bahawa pembinaan 15,000 unit rumah untuk pendatang Yahudi di sekitar Qalandiya bertujuan untuk menghalang pembinaan lapangan terbang bagi negara Palestin di al-Quds.

Projek Jerusalem 2020 merupakan satu fasa dalam perancangan Zionis untuk menghalau penduduk Arab keluar dari kota al-Quds dan membentuk peta baharu kota al-Quds yang terjajah, dakwa beliau.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts