Regim Mesir Terus Di Bidas Bersekongkol Dengan Israel

palestine-the-wall-lgAhmed Jibril, Setiausaha Agung Barisan Rakyat Untuk Pembebasan Palestin, menuduh regim Mesir berkomplot dengan beberapa pihak untuk melawan rakyat Palestin melalui pembinaan tembok besi di sepanjang persempadanan dengan Jalur Gaza.

Jibril dalam kenyataan akhbarnya pada hari Ahad (10/1) meminta rakyat Mesir untuk mengekspresikan penolakan mereka berkaitan keputusan pemerintah Mesir terhadap rakyat Palestin.

Sementara itu, Dr Salah al-Bardawil, salah seorang pemimpin Hamas, menyatakan bahawa Kaherah telah melancarkan kempen negatif terhadap Hamas yang berjalan selaras dengan Pihak Berkuasa Palestin di Ramallah. Padahal selama ini Hamas tidak pernah melakukan sebarang hubungan negatif terhadap Kaherah.

Sementara itu, Jawatankuasa Rakyat Mesir Untuk Pembebasan Pengepungan Terhadap Gaza mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan sebuah konvoi bantuan kemanusiaan menuju Gaza pada hari Jumaat ini.

Mohammed Al-Sakhawi, salah seorang pemimpin Parti Buruh Mesir dan anggota jawatankuasa, mengatakan bahawa jawatankuasa telah sepakat dalam pertemuan terakhir mereka untuk menolak pembinaan tembok besi yang dibina oleh Kaherah di persempadanan Gaza.

Beliau berharap pihak keselamatan Mesir tidak menghalang konvoi bantuan ini dan tidak menahan sebahagian dari aktivisnya sebagaimana yang telah terjadi terhadap aktivis-aktivis antarabangsa. (mirzah/plcron)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts