TUBAS, 27 Mei 2018 — Tentera penjajah Zionis hari ini menyerah notis untuk meroboh 20 buah rumah di perkampungan al-Aqaba, timur Tubas di wilayah Lembah Jordan, dalam tempoh 60 hari.
Rumah-rumah yang tidak dihuni itu dikatakan tidak mempunyai permit pembinaan.
Al-Aqaba terletak dalam Kawasan C, iaitu lebih 60% keluasan Tebing Barat yang dikawal sepenuhnya oleh tentera Zionis. Penduduk Palestin dalam kawasan tersebut tidak dibenarkan membuat sebarang pembinaan di atas tanah mereka sendiri tanpa mendapat kebenaran daripada pihak Zionis.
Lazimnya, adalah mustahil bagi penduduk Palestin untuk mendapat kebenaran berkaitan.
(PIC, PNN)