Rejim Zionis rampas kebun di timur kota al-Quds

AL-QUDS, 5 Julai 2017 (PIC) — Pihak Pentadbiran Awam tentera Zionis pagi tadi meratakan kebun milik penduduk Palestin di bandar Ezaim, di timur kota al-Quds, dan mendakwa tanah tersebut telah dirampas dan menghalang semua kerja penanaman di situ.

Tanah seluas 0.2 hektar itu adalah milik petani Tareq Abu Esbaitan.

Sebilangan pokok zaitun dan badam yang sedang berbuah dimusnahkan, sementara dinding yang mengelilingi kandang ternakan dirobohkan.

Rejim Zionis merancang “Projek E1” di kawasan tersebut, dengan tujuan merampas tanah Palestin dan meluaskan kawasan penempatan haram Ma’ale Adumim.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts