AL-QUDS, 6 Julai 2017 (PIC) — Seorang remaja Palestin diculik oleh polis Zionis petang tadi atas tuduhan menyerang seorang anggota polis di kawasan Bab al-Amoud, kota al-Quds.
Remaja tersebut dikatakan menyerang anggota polis berkenaan setelah cuba memeriksa beliau.
Remaja berkenaan kemudian ditangkap dan diheret ke sebuah pusat interogasi. Penduduk Palestin di al-Quds Timur menjadi mangsa polisi rejim Zionis yang menyekat dan memeriksa mereka, terutamanya golongan remaja.