Riham Dawabsha Akhirnya Meninggal Dunia Setelah Bertarung Nyawa Lebih Sebulan

BETHLEHEM, 7 Sep 2015 (Maan) — Riham Dawabsha, ibu kepada bayi 18 bulan Ali Dawabsha yang dibakar hidup-hidup oleh pelampau Yahudi pada 31 Julai lalu, meninggal dunia awal pagi tadi setelah bertarung nyawa akibat kecederaan selama lebih sebulan. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un, sesungguhnya setiap kejadian adalah milik Allah dan kepada Allah jualah semuanya akan kembali.

Riham, 27 tahun, yang mengalami kecederaan melecur 90 peratus badannya menghembus nafas terakhir di Tel HaShomer.

Dalam kejadian khianat dan pembunuhan ke atas keluarga Dawabsha, sekumpulan pendatang Yahudi memecah tingkap rumah mereka di Douma ketika mereka sedang tidur dan kemudian menyimbah bahan bakar dan membaling bom Molotov, sekaligus membakar rumah tersebut. Bayi Ali Dawabsha terperangkap dalam kebakaran dan meninggal dunia di tempat kejadian. Manakala ayahnya Saad Dawabsha telah meninggal dunia pada 8 Ogos lalu akibat kecederaan yang dialami dalam kebakaran tersebut. Abangnya Ahmad, 4 tahun, juga mengalami kecederaan dan masih dirawat dalam keadaan kritikal di hospital Tel HaShomer di mana 60% badannya melecur.

Sehingga kini tidak ada sebarang tangkapan dibuat berkaitan pembunuhan kejam ini. Beberapa orang pendatang Yahudi telah ditahan namun semuanya dibebaskan tanpa sebarang dakwaan.

Menurut UN Office for the Coordination of Humanitarian Affairs (OCHA) sebanyak 142 kes serangan pendatang Yahudi ke atas penduduk Palestin di Al-Quds Timur dan Tebing Barat dilaporkan sejak awal tahun ini. Hanya 1.9% daripada aduan yang dibuat oleh penduduk Palestin ke atas pendatang Yahudi membawa kepada pendakwaan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts