Seorang bekas menteri, 3 Ahli Parlimen Palestin dilucut status penduduk Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS, 1 Mei 2018 — Menteri Dalam Negeri Zionis, Aryeh Deri, Ahad lalu melucutkan status penduduk kota suci Baitulmaqdis dari bekas Menteri Hal Ehwal Baitulmaqdis, Khaled abu-Arafa, dan tiga Ahli Parlimen Palestin, Mohammed Abu Tir, Ahmad Attoun, dan Mohammed Toutah, atas alasan mereka tidak setia kepada “negara Israel”.

Pihak berkuasa Zionis merampas kad pengenalan keempat-empat mangsa pada tahun 2016, selepas menangkap mereka ketika menyertai satu perhimpunan di Baitulmaqdis. Mereka dikurung dalam penjara selama beberapa bulan, sebelum dibuang daerah ke Tebing Barat.

Pertengahan September lalu, Mahkamah Agung Zionis telah membatalkan keputusan untuk melucut status penduduk ahli-ahli parlimen terbabit, namun kemudian memberi masa kepada rejim untuk menggubal undang-undang bagi memberi kuasa kepada Kementerian Dalam Negeri dalam membuat keputusan perlucutan status penduduk Baitulmaqdis.

Pihak berkuasa Zionis menganggap penduduk Palestin di Baitulmaqdis Timur serta masyrakat Druz di Bukit Golan dianggap sebagai “penduduk” dan bukan warganegara.

Dengan terlucutnya status penduduk, mereka dihalau keluar buat selama-lamanya dari wilayah terbabit.

(IMEMC, MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts