Sheikh al-‘Arifi: Saya tidak akan masuk al-Aqsa kecuali setelah dibebaskan oleh umat Islam

GAZA, 7 Ogos 2016 (SP) — 5,000 sahabat Rasulullah SAW dan lebih 10,000 tabi’in gugur syahid di medan jihad demi membebaskan Kota al-Quds dan Masjid al-Aqsa dari kerajaan Romawi di zaman Khalifah Umar bin Khattab RA.

Di antara sahabat Rasulullah SAW yang memimpin pasukan Muslimin pada waktu itu adalah Abu Ubaidah Ibn al-Jarrah, Khalid bin Walid, Amru ibn al-‘Ash, dan Syarhabil ibn Hasanah – semoga Allah meredai mereka semua.

Syarahan ulamak terkenal dari Arab Saudi, Syeikh Dr. Mohamad bin AbdelRahman Al-‘Arifi, dalam menyampaikan pemahaman tentang perjuangan rakyat Palestin dan pembebasan Masjid al-Aqsa meyakinkan bahawa kemenangan akan berada di tangan umat Islam.

Pengorbanan para Sahabat dan tabi’in itu jelas memberi isyarat bahawa al-Quds, al-Aqsa dan Palestin harus tetap dipertahankan.

Masjid al Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam, masjid suci yang menjadi saksi Mikraj Rasulullah SAW ke langit ke tujuh dan Sidratul Muntaha. Di situ juga turunnya wahyu dan menjadi kiblat solat para nabi sebelumnya seperti nabi Luth, Ibrahim, Ishaq, Yaqub, Zakaria, Yahya, dan Isa.

Masjid al-Aqsa tidak akan sekali-kali tergadai untuk siapapun, apalagi untuk mereka yang sudah jelas dilaknat oleh Allah SWT. Seperti sabda Rasulullah SAW: “Apakah Allah rela untuk menggadai Mekkah setelah dibebaskan? Sekali-kali tidak!”

Dr. al-‘Arifi menegaskan bahawa hal ini menunjukkan bahawa kita mesti menanamkan kepada generasi baharu tentang permasalahan al-Quds, kerana ianya ini adalah permasalahan akidah dan agama. Ini adalah amanah ke atas kita semua umat Islam di seluruh dunia.

Kita harus bertanya, apakah ketika Masjidil Haram di Mekkah dan Masjid Nabawi di Madinah dinodai dan dirampas oleh penjajah, kemudian kita akan hanya berkata: “itu hanya urusan negara Arab Saudi?” Sekiranya ini yang kita jawab, maka yakinlah bahawa akidah kita sudah terpesong, keimanan kita telah rosak dan kita telah keluar dari Islam dan akidah yang benar. Dan ini adalah nasib yang sedang terjadi ke atas al-Quds, al-Aqsa, dan Palestin.

Sungguhpun Yahudi memiliki pasukan tentera yang terkuat di dunia, namun ingat bahawa janji Allah itu pasti. Hukuman dan azab dari Allah itu sudah pasti, bahwaa mereka dilaknat dan disiksa baik di dunia mahupun di akhirat.

Tentera Yahudi sudah jelas sekali membantai umat Islam di Palestin, samada anak-anak, wanita, mahupun warga tua. Namun mereka masih dikalahkan dengan pasukan Allah, iaitu anak-anak Palestin yang melawan dengan batu dan mampu menghancurkan pasukan tentera Yahudi.

Yakinlah dengan janji Allah dan Rasulullah SAW, bahawa umat Islam akan menghancurkan kerajaan Romawi, dan umat ini menggempur Yahudi dari timur Sungai Jordan. Dari Abi Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda, “Tidak akan terjadi hari kiamat hingga kalian (Muslimin) memerangi Yahudi, kemudian batu berkata di belakang Yahudi, “Wahai Muslim, inilah Yahudi di belakangku, bunuhlah!” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Syeikh Dr. Al-‘Arifi bangga dengan perjuangan rakyat dan pemuda Palestin, yang sampai saat ini bertahan dan berjihad di jalan Allah siang dan malam untuk merebut kembali al-Aqsa. Mereka terus bekerja dan berjihad. Mereka yang saat ini berada di dalam penjara Zionis, disiksa namun masih tetap mempertahankan kalimat tauhid.

Syeikh ‘Arifi telah beberapa kali didakwa menziarah masuk ke Masjid al-Aqsa. Menurut beliau, perkara ini adalah tuduhan Yahudi dan konspirasi busuk untuk merosak kedudukannya.

“Saya tidak akan pernah reda untuk ziarah ke Masjid al-Aqsa dengan visa Yahudi, saya tidak akan masuk dan solat di Masjid al-Aqsha kecuali setelah dibebaskan oleh mujahidin. Dan saya yakin kemenangan ini sudah dekat di depan mata kita.”

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts