Sheikh Raed Salah bebas selepas 9 bulan dikurung bersendirian

AL-QUDS, 17 Jan 2017 (PIC) — Rejim Zionis pagi tadi membebaskan Sheikh Raed Salah setelah beliau menamatkan hukuman penjara selama sembilan bulan sejak Mei 2016 atas dua tuduhan menghasut.

Sepanjang tempoh tersebut, beliau dikurung secara bersendirian dalam penjara Ramon dan di soal siasat secara kejam. Beliau pernah melancar mogok lapar kerana membantah tindakan pihak rejim mengurung beliau berseorangan.

Pembebasan beliau bagaimanapun menimbulkan suasana tegang apabila beliau tidak muncul di luar penjara Nafha pada 6:00 pagi, sebagaimana dijadualkan.

Tiga jam kemudian, beliau ditemui di masjid Hassan Beit di Tel Aviv, selepas ditinggalkan oleh pasukan polis di sebuah stesen bas berdekatan kejiranan Yahudi Kiryat Malakhi di Gurun Naqab, tanpa sebarang perlindungan. Sheikh Raed menaiki bas dari situ menuju ke Tel Aviv, di mana beliau berada di situ selama sejam sebelum menuju ke Umm al-Fahm.

Selepas pembebasan, Sheikh Raed berikrar untuk terus memberi sepenuh komitmen bagi membebaskan Masjid al-Aqsa dan wilayah al-Quds.

Sepanjang tempoh tahanan, beliau sempat menghabiskan bacaan sebanyak 80 naskah buku, menulis empat naskah buku dan menggubah 23 buah syair perjuangan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts