Tahanan Palestin Di Penjara Israel Keracunan Makanan

Ramallah, 12 Jul – Lebih dari 20 tahanan Palestin yang berada di penjara Negev Israel telah mengalami keracunan makanan pada Isnin lalu setelah menjamu makanan yang disajikan di kantin penjara, demikian tahanan melaporkan.

Mereka mengatakan kepada lama sesawang Ahrar Baladna bahawa pentadbiran penjara Israel berterusan menghidangkan mereka makanan yang telah tamat tarikh luput walaupun mereka telah memprotes tindakan tersebut.

Mereka menjelaskan bahawa setelah makan burger sandwich dari kantin penjara, para tahanan menderita diare dan muntah-muntah. Mereka kemudian dibawa ke klinik penjara, namun pentadbiran penjara tidak memaklumkan situasi dan keadaan sakit mereka.

Para tahanan meminta Palang Merah untuk campur tangan dan meminta mereka dipindahkan ke hospital untuk menjalani rawatan dan pemeriksaan yang sewajarnya.(pic/em)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts