Tahanan Pantadbiran Meningkat 245% Pada Tahun 2014

detaineeRAMALLAH, 12 Jan 2015 (MEMO) — Bilangan rakyat Palestin yang ditahan oleh rejim Zionis di bawah tahanan pentadbiran telah meningkat sebanyak 245 peratus dalam tahun 2014.

Ketua Hal-Ehwal Tahanan, Abdul-Nasser Farawna, dalam kenyataan rasmi bgi pihak Otoriti Palestin menyebut bahawa kadar tahanan pentadbiran telah menurun pada tahun 2011 apabila Sheikh Khader Adnan melancarkan mogok lapar terbuka yang berterusan selama 66 hari. Data jabatan statistik juga menunjukkan jumlah tahanan pentabdiran pada tahun 2013 adalah seramai 145 orang, iaitu pengurangan sebanyak 50 peratus daripada sebelumnya.

Bagaimanapun, rejim Zionis meningkatkan polisi tahanan pentadbiran pada awal tahun 2014. Berikutan dengan itu, para tahanan Palestin telah melancarkan mogok lapar selama 62 hari namun tidak membawa hasil yang positif.

Selepas kejadian cubaan menculik tiga pendatang Yahudi di al-Khalil pada 12 Julai 2014, yang sebenarnya hanyalah satu dakwaan bohong rejim, kes tahanan pentadbiran meningkat secara mendadak. Bilangan tahanan mencecah seramai 500 orang pada akhir tahun 2014, iaitu peningkatan sebanyak 245 peratus.

Abdul-Nasser menyeru masyarakat antarabangsa dan pertubuhan hak asasi manusia memberi tekanan ke atas rejim Zionis terhadap polisi tahanan zalim ke atas rakyat Palestin, yang secara jelas bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts