Tahanan wanita Palestin sertai mogok lapar

RAMALLAH, 19 Apr 2017 (PIC) — Tahanan wanita Palestin mengumumkan keputusan mereka untuk menyertai mogok lapar besar-besaran bersama tahanan lain dalam penjara Zionis yang dilancarkan sejak tiga hari lalu.

Peguam Suruhanjaya Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin, Hiba Muslaha, selepas melawat penjara Ha Sharon menyatakan seramai 58 tahanan wanita dikurung di situ memutuskan untuk menolak makanan penjara pada setiap 10 hari.

Sekitar 1,500 tahanan Palestin melancar mogok lapar sejak hari Isnin bagi membantah penderaan dan tekanan yang dikenakan ke atas mereka oleh pihak berkuasa penjara Zionis.

Antara lain, para tahanan mendesak supaya keluarga mereka dibenarkan membuat lawatan secara berkala tanpa gangguan, dihentikan kurungan bersendirian, membenarkan mereka mendapat rawatan pakar dan perubatan yang diperlukan dan juga dihentikan tahanan pentadbiran tanpa sebarang pengadilan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts