Takziah Kepada Keluarga Pengerusi Viva Palestina Malaysia (VPM)

HALUANPalestin mengucapkan takziah kepada keluarga Datuk Adnan Mohd Tahir, 58 tahun atas kembalinya  ke rahmatullah Datuk Adnan Mohd Tahir yang juga Pengerusi Viva Palestina Malaysia (VPM).

Allahyarham meninggal dunia di Hospital Pantai, Bangsar awal hari Ahad (12/2) akibat serangan jantung.

Allahyarham yang juga Presiden OrphanCARE, meninggal dunia selepas dihantar ke hospital itu apabila pengsan di rumahnya di Lorong Limau Kasturi, Bangsar di sini.

“Allahyarham adalah seorang yang kuat bekerja dan seorang sangat baik kepada sesiapa sahaja. Kami yang pernah bekerja bersama-sama dengannya berasa sedih dan pemergian beliau merupakan satu kehilangan yang besar buat kami semua,” demikan kata Timbalan Presiden VPM, Siti Jamilah Sheikh Abdullah.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan memberkati perjuangan Allahyarham dalam memperjuangkan pembebasan Masjid Al Aqsa dan Palestin, amin. Al Fatihah.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts