Tentera Israel Tembak Remaja Palestin

GAZA CITY, 28 Nov – Seorang remaja Palestin telah ditembak dan tercedera oleh pasukan Israel di Beit Lahiya pada pagi Sabtu (27/11). Kejadian berlaku saat tentera Israel melepaskan tembakan kepada kanak-kanak yang sedang menyertai sekumpulan warga Palestin yang sedang mengumpulkan batu kerikil  di sepanjang sempadan Gaza-Israel.

Seorang pegawai perubatan mengatakan remaja yang masih tidak dikenali itu berusiai 12 tahun telah ditembak pada bahagian kaki dan sedang dirawat di Hospital Kamal Udwan.

Seorang jurucakap tentera Israel mengatakan pihaknya telah mengenalpasti sejumlah penduduk telah mendekati kawasan persempadanan Gaza-Israel, maka pihak tentera terpaksa melepas tembakan ke arah mereka.

“Kawasan ini digunakan oleh kumpulan-kumpulan pengganas untuk melancarkan serangan terhadap Israel dan menculik tentera kami,” kata jurucakap tersebut, sambil  menambah bahawa pasukannya melepaskan tembakan amaran ke udara, dan ketika kumpulan penduduk tersebut gagal untuk berundur dari kawasan tersebut, tentera mereka menembak ke arah bahagian bawah tubuh mereka. (mna)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts