Tentera Laut Israel Mahu Merampas Kapal Armada Bantuan Kemanusiaan

29 Mei – Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman, pada Jumaat (28/5) menyatakan bahawa Israel akan menghentikan semua usaha untuk memecah pengepungan, dan menambah bahawa Israel tidak akan toleransi dan menganggap misi Armada Bantuan Kemanusiaan Gaza seperti “pelanggaran kedaulatan Israel”.

Lieberman dengan angkuh mendakwa bahawa tidak ada krisis kemanusiaan di Jalur Gaza, dan menyatakan kononnya sebelum ini Israel “membolehkan bekalan makanan dan peralatan memasuki Gaza”.

“Tidak ada krisis kemanusiaan di Gaza,” kata Lieberman di radio kebangsaan Israel.

Hakikatnya Gaza telah dikepung oleh Regim Yahudi Israel sejak Jun 2007 dan menyebabkan 1.5 juta warga Gaza kekurangan makanan, bahan api, ubat-ubatan dan peralatan untuk membina kediaman dan bangunan mereka yang runtuh akibat serangan Yahudi Israel.

Sementara itu, tentera Israel dan Tentera Laut sedang bersiapsedia untuk kemungkinan pengambilalihan kapal selepas kapal bantuan kemanusiaan setelah mereka mendekati pantai.

Menurut Israel, tentera angkatan laut akan memerintahkan untuk merampas kapal dan membawa mereka ke pelabuhan Asdod Israel berhampiran Gaza di mana kawasan penahanan khas telah dibentuk untuk aktivis Palestin dan antarabangsa.

Freedom Flotilla atau Armada Bantuan Kemanusiaan saat ini semakin menghampiri perairan Gaza. Para aktivis yang datang dari lebih 40 negara termasuk ahli parlimen dari Eropah, ahli Parlimen Israel, para ulama, jurnalis, wartawan, dan aktivis kemanusiaan dari pelbagai latarbelakang agama tetap bersemangat untuk meneruskan misi walaupun Israel berkali-kali mengeluarkan kenyataan ugutan untuk menghalang dan menangkap aktivis yang terlibat.

Terdapat hampir 700 penumpang menyertai armada bantuan kemanusiaan tersebut termasuk dari Malaysia dan Indonesia. (immec / pnn/ haarez / aljazeera )

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts