Tentera pecah masuk rumah, culik 14 penduduk di Tebing Barat

NABLUS, 25 Jan 2018 — Tentera penjajah Zionis memecah masuk rumah-rumah dan menculik sekurang-kurangnya 14 penduduk Palestin dari wilayah-wilayah Beit Lahm, Jenin, Nablus, al-Khalil dan Ramallah di Tebing Barat sepanjang malam tadi.

Pemuda Diya al-Aghbar diculik dari rumahnya di Nablus. Manakala di Beit Lahm, dua pemuda Abdullah Abiyat dan Nidhal Subaih juga diculik dari rumah-rumah mereka.

Tentera Zionis turut memecah masuk dan menggeledah rumah-rumah di Jenin, al-Khalil dan Beit Liqya di Ramallah, di mana beberapa orang lagi penduduk diculik.

(PIC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts