Tentera Zionis adakan latihan terbesar sejak 2 dekad

TEL AVIV, 4 Sep 2017 — Puluhan ribu tentera Zionis termasuk pasukan simpanan akan mengikuti latihan besar-besaran di kawasan utara negara haram itu selama 10 hari bermula esok.

Latihan terbesar sejak dua dekad itu dikatakan bertujuan untuk menangani ancaman Hezbollah. Ia melibatkan penyertaan pesawat perang, bot, kapal selam dan juga unit anjing tentera. Dua buah hospital lapangan juga dibina, di samping kerahan trak tanpa pemandu dan helikopter untuk memindahkan mereka yang tercedera.

(MEE)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts