Tentera Zionis Menembak Remaja di Gaza

GAZA, 10 Dis – Tentera Israel telah menembak seorang pemuda palestin yang sedang mengutip serpihan batu berhampiran sempadan Gaza pada tengahari Jumaat kelmarin.

Jurucakap pasukan Perubatan Gaza, Adham Abu Salmia, berkata pemuda berumur 16 tahun tersebut telah ditembak di utara Beit Lahiya. Mangsa kemudiannya telah dihantar ke hospital Dar Ash-Shifa dan dilaporkan stabil.

Menurut Abu Salmia, bilangan kemalangan membabitkan pekerja di kawasan sempadan telah meningkat kepada 96 mangsa sejak bulan Mac yang lalu.

Rakyat Palestin berjuang untuk mencari nafkah dengan memungut sisa sisa runtuhan bangunan di sempadan Gaza yang kemudiannya akan di jual untuk dikitar semula.

Kerajaan haram Yahudi telah mengistiharkan “buffer zone” di sepanjang sempadan bertindih Gaza Israel kira kira 300 meters ke dalam Gaza. Tentera Zionis menganggap kawasan tersebut adalah kawasan pertempuran dan akan menembak rakyat Palestin yang memasuki zon tersebut.

Kajian PBB pada bulan Ogos yang lalu mendapati, rakyat Palestin telah dihalang kebebasan untuk bergerak tidak kurang 1,500 meter daripada sempadannya. (mnn)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts