Tentera Zionis pecah masuk pejabat Gabenor al-Khalil

AL-KHALIL, 25 Jun 2018 — Puluhan askar Zionis memecah masuk dan menggeledah pejabat Gabenor Palestin yang terletak di Kota Lama al-Khalil serta beberapa buah rumah milik keluarga Eada dan al-Mohtasebdi yang berjiranan, sebelum membina sekatan jalan di kawasan tersebut awal pagi tadi.

Mereka turut menahan tujuh orang penduduk dan menculik seorang yang lain.

Pada masa yang sama, tentera Zionis menyerbu banyak kawasan kejiranan serta memasang sekatan jalan di laluan masuk ke Jouret Bahlas di utara utara al-Khalil dan juga bandar-bandar Beit Awwa dan Sa’ir yang berdekatan.

Tentera Zionis turut membina sekatan di laluan masuk perkampungan Zeef dan menculik pemuda Ra’fat Mosallam ‘Ashour, 31. Seramai tujuh lagi penduduk ditahan di sekatan tentera, namun dibebaskan semula selepas diinterogasi selama beberapa jam dalam keadaan diikat dan ditutup mata.

(IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts