Tentera Zionis pecah masuk rumah, culik 16 penduduk Palestin

JENIN, 25 Jun 2018 — Tentera penjajah Zionis memecah masuk dan menggeledah rumah-rumah penduduk Palestin di beberapa wilayah Tebing Barat, serta menculik sekurang-kurangnya 16 orang atas tuduhan terlibat dalam aktiviti anti-penjajahan.

Seramai enam orang diculik dari wilayah Jenin, dua lagi dari bandar Berka di barat laut wilayah Nablus, dan dua yang lain dari wilayah Tulkarem.

Remaja Yousef Afana, 19, turut diculik selepas dipukul dengan teruk kerana memasuki wilayah Palestin 1948 secara tidak sah.

Menurut pertubuhan hak asasi Addameer, seramai 6,036 penduduk Palestin sedang merengkok dalam penjara-penjara Zionis.

(PIC, Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts