AL-QUDS, 10 Ogos 2017 — Tentera Zionis hari ini menyerbu sebuah masjid di bandar al-Eizariya di timur kota al-Quds dan menangkap tiga orang jemaah.
Mereka memecah pintu masjid dan menyerang para jemaah, sebelum menangkap dan melarikan mangsa.
Hanya beberapa jam terdahulu, lima pemuda Palestin dari al-Khalil ditangkap di al-Eizariya, yang terletak dalam wilayah al-Quds, atas tuduhan merancang untuk melakukan serangan dalam Wilayah Palestin 1948 yang terjajah.
(Maan, IMEMC)