BAITULMAQDIS, 27 Mei 2018 — Pihak perbandaran Zionis dengan bantuan tentera Zionis menangkap tiga Muhasarati di Baitulmaqdis awal pagi tadi, sebelum membebaskan mereka dengan syarat dan ikat jamin.
Musaharati terbabit, Mahmoud Badr, Ahmad Hawash dan Mahmud Qleibo dibebaskan dengan ikat jamin dan diberi amaran supaya tidak lagi mengejut penduduk untuk bangun sahur sepanjang bulan Ramadan. Mereka diugut dengan hukuman denda yang tinggi sekiranya melanggar syarat tersebut.
Musaharati dianggap sebagai identiti kebangsaan, budaya dan agama di kota Baitulmaqdis dan kota-kota Palestin, di mana mereka melagukan sahutan untuk mengejut penduduk dari tidur supaya bangun makan sahur sebelum masuk waktu Subuh sepanjang bulan Ramadan.
(PNN)